Tuesday, November 23, 2010

Sunday, November 21, 2010

ADAKAH ANDA REMAJA?


APAKAH PERANAN REMAJA?

REMAJA



Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja bermula dari usia 10 hingga 20 tahun. Walau bagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam bentuk badan.

Ketika alam remaja inilah mereka akan melalui perubahan demi perubahan. Pemikiran mereka masih belum mencapai tahap matang sepenuhnya. Inilah yang menyebabkan berlakunya ‘revolusi remaja’ di Malaysia dengan hebatnya. Kian hari terpapar di dada akhbar mahupun di majalah-majalah yang tidak ketinggalan untuk menyelitkan isu-isu hangat perlakuan remaja masa kini. Dulu Malaysia digemparkan dengan kejadian‘pelajar sekolah dibunuh rakan’. Kejadian ini menjadi isu paling hangat dan tergempar!!! Tetapi sekarang kejadian-kejadian seperti bunuh, rogol, rompak dan sebagainya di kalangan remaja sudah tidak lagi menjadi isu yang hangat. Sebaliknya, isu-isu sebegini seperti perkara lazim bagi masyarakat di Malaysia. Ini menunjukkan betapa remaja Malaysia zaman sekarang dianggap sebagaigangsterism, vandalisme, dan banyak lagi istilah – istilah negatif yang sinonim denganya.

Apa tidaknya, dadah, rokok, arak, dan hubungan seksual merupakan perkara yang lumrah bagi remaja dan ada yang mengangap itu sebagai wajib bagi mereka. Remaja Malaysia sangat sinonim dengan kumpulan-kumpulan mereka seperti skinhead, punk, hiphop, black metal dan banyak lagi. Kata mereka ia merupakan identiti kami. Melalui pergaulan inilah mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak senonoh dan dipandang sebagai sampah masyarakat di Malaysia. Sehingga saat ini masih belum ada ubat untuk mengatasi masalah sosial di kalangan remaja. Kian hari kian berleluasa.

Walaupun begitu terdapat segelintir remaja Malaysia yang mengamalkan sikap yang mulia. Seringkali juga terpapar berita mengenai kecemerlangan remaja Malaysia yang mensohorkan nama negara. Baru – baru ini, kita digemparkan dengan seorang remaja berusia 15 tahun menyelamatkan 2 budak daripada lemas. Tidak kurang juga remaja berpelajaran yang menggunakan inisiatif dengan membasuh kereta untuk mencukupkan dana.

Ada juga remaja yang bergiat aktif dalam sukan sekali gus mewakili negara ke peringkat yang lebih tinggi. Pemimpin – pemimpin muda seperti yang ada di setiap universiti merupakan aset yang berharga kepada negara pada masa akan datang. Mereka – mereka inilah yang harus menjadi contoh dan teladan bagi remaja – remaja lain. Namun, sejauh manakah pandangan remaja lain terhadap mereka. Ada yang mengangap mereka sebagai kolot dan ketinggalan zaman, tidak berstyle, poyo, serta skema. 

sumber :http://remaja.com.my/